Social Icons

Tuesday, September 15, 2015

Cerpen | Dia Tanya Apa Khabar



KIT bersandar pada kerusi sebaik sahaja dia selesai membuat pesanan makanan kepada pelayan di kedai makan ini. Aktiviti seperti biasanya bermula. Ligat dia memerhatikan tingkah-laku manusia lain yang turut berada di situ. Dia beranggapan bahawa tujuan makhluk bergelar manusia itu ke kedai ini adalah sama iaitu bagi mengisi perut yang lapar. Berbeza dengan dirinya, bukan itu tujuan sebenar Kit berada di situ walaupun kedai tersebut sudah berbulan-bulan menjadi destinasi wajib makan malamnya sehari-hari.



Kedai makan ini secara tidak sengaja ditemui oleh Kit beberapa bulan yang lepas. Ketika itu keadaan dirinya yang bercelaru membuatkan dia memandu tanpa hala tuju. Sedar-sedar sahaja dia sudah memarkirkan kereta. Usai enjin keretanya dimatikan, dia keluar dari perut kereta lalu menutup dan mengunci kereta mewah pemberian ayahnya itu. Dia kemudiannya bersandar pada pintu bahagian pemandu. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans yang dipakai. Matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling dan kedai ini merupakan kedai yang paling hampir dengan tempat keretanya diparkir.



Kit dapat lihat yang kedai ini penuh dengan pelanggan. Dia sempat membuat pemerhatian ringkas bahawa kedai ini membahagikan dengan strategik bahagian pelanggan yang menjamu selera sambil menonton perlawanan bola sepak di skrin besar yang disediakan dan juga satu lagi bahagian pelanggan yang tidak berminat untuk menonton bola. Bahagian pelanggan yang tidak menonton perlawanan bola sepak dihidangkan muzik sebagai halwa telinga.



Kit membaca tanda nama kedai itu yang sebesar-besar alam tergantung di bahagian hadapan, Kedai Makan Apa-Apa Ajelah. Serta-merta senyuman senget terukir di bibir. Sengal je nama kedai ni. Komennya di dalam hati. Langkah kaki Kit bawa ke dalam kedai tersebut dan mujurlah ada sebuah meja yang baru sahaja dikosongkan. Tanpa menunggu lama, dia terus melabuhkan punggung. Apa-apa ajelah! Janji aku kat tempat yang ramai orang dan bising. Ujar Kit di dalam hati. Ya! Memang itu tujuan dirinya memandu tanpa hala tuju. Dia hanya mahu ke mana-mana sahaja asalkan tempat yang ramai makhluk bergelar manusia. Tempat yang tidak sunyi kerana kesunyian adalah musuh utamanya saat ini.



“Okey bro, kau punya Nasi Goreng Apa-Apa Ajelah dan teh ais siap. Kalau nak apa-apa lagi nanti panggil je aku,” ujar Pali saat dia meletakkan sepinggan nasi goreng dan segelas air teh ais di hadapan Kit. Tersentak dengan suara Pali itu, Kit kembali ke alam nyata. Pali beredar selepas Kit mengucapkan terima kasih. Pali atau nama sebenarnya Fadhli ini sememangnya sudah terbiasa dengan Kit sejak Kit secara tidak sengaja menjadi pelanggan tetap di situ. Sebenarnya bukan Pali yang ingin berkurang ajar dengan pelanggan tetapi Kit sendiri yang mewajibkan dia guna ‘aku-kau’ apabila bercakap dengan Kit.



Aku sebenarnya dah beberapa kali khatam menu kat kedai ni. Semalam aku makan Nasi Goreng Tom Yam dan hari ni disebabkan aku malas nak pening kepala fikir nak makan menu apa, aku pesan aje Nasi Goreng Apa-Apa Ajelah. Senang! Kat Kedai Makan Apa-Apa Ajelah ni memang ada menu nasi goreng, mi, bihun, kue tiau dan air Apa-Apa Ajelah. Pali kata sebab orang kita ni susah nak buat keputusan. Bila tanya nak makan kat mana dan nak makan apa mesti mereka jawab kat mana-mana ajelah, makan apa-apa ajelah, tak kisah. Jadinya abang kandung Pali mencadangkan mereka menamakan kedai makan ini Kedai Makan Apa-Apa Ajelah. Kreatif bukan? Lepas ni sesiapa yang kata tak kisah nak makan apa-apa ajelah tu boleh terus bawa dia orang makan kat kedai ni. Haha!



Kit mula menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Sambil mengunyah, matanya tetap menjalankan kerjanya memandang manusia yang berada di sekelilingnya. Ironinya dia ke situ untuk mengelakkan rasa sunyi namun jauh di sudut hati dia tetap rasa sunyi. Rasa pelik pula hari ni sebab mamat



“Apa khabar Kit? Hari ni saya duduk sini lagi ya.”



Belum sempat aku nak habiskan ayat keraguan dalam hati, Mamat Apa Khabar ni dah muncul! Nasib baik tak tercekik dek ayam dalam nasi goreng ni. Kit mengomel sendiri. Tanpa menunggu jawapan dari Kit, lelaki yang tiba-tiba muncul itu terus duduk di kerusi sebelah kanan meja ini. Mereka duduk di meja segi empat yang memuatkan empat buah kerusi. 



Kit masih meneruskan kunyahan nasi goreng. Lelaki yang dia gelar sebagai Mamat Apa Khabar ini memang selalu duduk makan semeja dengannya. Pada awalnya adalah kerana kedai sudah penuh dan hanya meja tempat duduk Kit mempunyai kerusi kosong namun lama-kelamaan lelaki yang turut menjadi pelanggan setia Kedai Makan Apa-Apa Ajelah ini akan sentiasa duduk semeja dengannya. Apa-apa ajelah! Aku tak kisah lagipun dia ni suka bercakap, bercerita dan bertanya walaupun kebanyakannya aku hanya dengar dan tak balas apa-apa. Sekurang-kurangnya aku taklah rasa sunyi sangat. Sunyi... Satu perkataan dan perasaan yang aku sangat-sangat benci.



Kit menggelar lelaki itu sebagai Mamat Apa Khabar kerana dia dengan skemanya akan sentiasa bertanya khabar. Dialah orang pertama yang aku jumpa sejak aku hidup kat muka bumi ni yang tanya khabar dengan ayat dari buku teks macam tu. Kawan-kawan aku selalunya bertanya khabar dengan ayat yang tak berapa nak skema contohnya how’s life, howdy ataupun how are you. Tapi tu semua suatu ketika dulu. Masa aku masih ada orang yang boleh aku masukkan dalam kategori kawan walaupun aku kadang-kala musykil dengan keikhlasan mereka nak berkawan dengan aku.



Best kan lagu ni. Awak tak minat ke? Biasanya orang perempuan suka lagu ni pakej sekali dengan penyanyi dia,” ujar Mamat Apa Khabar itu.



Kit menoleh ke arah Mamat Apa Khabar yang sedang menyedut air tembikai. Entah bila dia membuat pesanan Kit sendiri tidak perasan. Kit cuba fokus pada lagu yang sedang berkumandang. Rentak dia catchy jugak tapi lagu Arab ke apa ni?



“Orang perempuan lain mungkin minatlah kut tapi aku ni special case. Lagu apa ni?” soal Kit.



“Kun Anta,” jawab Mamat Apa Khabar ringkas.



Kit sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya tetapi tidak berminat untuk tahu dengan lebih lanjut. Kun fayakun aku pernahlah dengar dekat mana entah. Kalau tanya mamat ni agak-agak dia tahu tak? Selama ni aku tengok dia macam banyak tahu fasal agama ni.



“Kun fayakun maksud dia apa?” tanya Kit ingin tahu. Mamat Apa Khabar kelihatan agak terkejut dengan pertanyaan itu. Tidak bersedia mungkin.



“Kun fayakun tu bila Allah kata jadi, maka jadilah. Maksudnya apa-apa perkara dekat dunia ni walaupun benda yang kita rasa mustahil tapi bila Allah sendiri yang dah kata jadilah, maka perkara tu akan menjadilah. Itu dari surah Yassin ayat 82 kalau tak silap saya.” Mamat Apa Khabar cuba menjawab dengan tenang walaupun dalam masa yang sama dia cuba mengingat kembali apa yang pernah dipelajari.



Kit sekali lagi mengangguk-anggukkan kepalanya mempercayai apa yang Mamat Apa Khabar itu terangkan sebentar tadi. Kadang-kadang kesian juga aku kat mamat ni. Dah dua minggu kita orang duduk makan semeja tapi baru empat hari lepas aku jawab soalan dia fasal nama aku. Hanya nama panggilan yang aku beritahu dia dan nama dia pula aku sendiri tidak pernah tanya dan dia tak pernah beritahu. Aku tak tahu kenapa tapi aku lebih selesa macam ni.



Makanan yang Mamat Apa Khabar pesan akhirnya tiba. Lelaki itu mula mengisi perutnya. Kit turut sama meneruskan makan malamnya dek kerana tidak tahu apa lagi yang mahu dibualkan. Pada masa yang sama, Kit terasa kakinya disentuh sesuatu yang berbulu. Serta-merta senyumannya terukir lalu dia menunduk dan mengambil ‘sesuatu’ itu.



“Helo, Kitty! Kenapa dah lama aku tak nampak kau? Kau cari makan kat mana? Tak rindu aku ke? Nah makan ni.” Kit memberi kucing yang dipanggilnya Kitty itu makan.



“Bukan ke ni kucing jantan, awak bagi nama dia Hello Kitty? Macam tak sesuai aje.” Mamat Apa Khabar sudah menyoal pelik.



Dude, aku cakap helo kat Kitty, bukannya nama dia Hello Kitty. Suka hati akulah nak bagi dia nama apa. Aku Kit, dia Kitty. Okey apa?” Kit membela diri. Mamat Apa Khabar sudah tersenyum.



“Kenapa nama panggilan awak Kit?” tanya Mamat Apa Khabar ingin tahu.



“Kau pernah dengar tak emergency kit ataupun first aid kit? Aku kira macam tu jugalah, hanya akan dicari bila mereka dalam kecemasan, kesempitan dan kesusahan,” jawab Kit. Lelaki itu sudah memberi pandangan yang tidak dapat Kit tafsirkan. Simpati kat aku ke apa dia ni? Tak payahlah. Simpan aje simpati tu untuk orang lain.



“Kau tak payah nak kasihan kat aku. Aku dah lali dengan semua tu.”



Kit menyambung bicara di dalam hati; lagipun tujuh keturunan belum tentu lagi habis harta bapak aku tu sebab tu aku tak ambil pusing orang yang ambil kesempatan pada duit yang aku ada. Okey, melampaulah sampai tujuh keturunan tak habis, tiga keturunan mungkin? Hobi aku memang sengaja menghabiskan harta bapak aku tu. Kalau boleh biar sampai dia bankrupt, baru hati aku puas! Cuma sekarang ni bukan pasal harta yang buat aku sunyi. Aku rindu dia. Rindu sangat-sangat. Rindu nak dengar dia ‘ceramah’ walaupun aku tetap macam ni. Hanya dia yang ikhlas berkawan dengan aku. Hanya dia yang tak pernah ambil kesempatan atas harta aku.



Lidah Mamat Apa Khabar kelu. Dia tidak tahu apa yang patut dia katakan. Bimbang jika tersilap kata, bakal mengecilkan hati gadis yang berimej tomboy ini.



Tiba-tiba senyap pulak Mamat Apa Khabar ni. Selalunya dia yang banyak cakap dan aku yang banyak senyap. Hari ni kira boleh masuk ‘hari ini dalam Sejarah’ dah sebab aku ramah bercakap dengan dia, bukan macam hari-hari yang lain. Biar aku recall balik apa yang dia pernah syok sendiri bercerita dulu. Dia ada dua orang adik-beradik dan dia sangat rapat dengan abang dia. Dia pernah cakap maksud nama abang dia ‘answer to prayers’ sebab waktu tu parents dia memang bertahun-tahun nak dapatkan anak dan bila mak dia mengandungkan si abang, ibarat doa parents dia akhirnya terjawab. Dia muda dua tahun dari abang dia. Ayah dia meninggal dunia lepas enam bulan dia lahir.



Sebelum ni dia pernah kerja kat luar negara tapi sekarang dia balik Malaysia dan akan terus tinggal dengan emak dia. Dia cakap ada sesuatu berlaku tapi dia mula belajar untuk redha tentang perkara tu. Dia cakap ujian Allah bagi tu akan sentiasa ada hikmah tersembunyi. Dia siap sebut surah apa entah yang cakap pasal di sebalik kesulitan ada kesenangan tu. Aku dengar tak dengar aje masa dia bercerita jadi manalah aku nak ingat. Lagi satu dia ni bila bercerita mesti akan cakap pasal redha, redha, redha! Nama dia Redha ke apa? Malas dan tak pernah rasa nak tahu. Kalau ikutkan memang banyak juga aku tahu pasal dia ni tapi aku yang tak pernah nak ramah dengan dia sebelum ni.

           

“Kit, dengar tak apa yang saya tanya ni?” soal Mamat Apa Khabar.

           

Kit yang tersentak dengan suara dari lelaki itu segera memandangnya.

           

“Apa dia?” tanya Kit. Hari ini moodnya baik sedikit jadi dia layankan aje.

           

One last question, what’s your real name?” Mamat Apa Khabar benar-benar ingin tahu.

           

Kit buat muka. Tak habis-habis nak tahu nama aku. Oleh sebab hari ni mood aku okey sikit maka aku jawablah ek. Kalau kau kutuk nama aku siaplah kau! Aku cincang-cincang kau buat menu Mamat Apa Khabar Apa-Apa Ajelah bagi kat Pali suruh jual. Haha!



“Fakhitah.” jawab Kit pendek. Dia kembali membelai-belai Kitty di ribaannya.

           

“Ummu Hani’,” ujar Mamat Apa Khabar perlahan.

           

“Apa dia?” tanya Kit. Kut-kutlah dia kutuk aku, boleh cincang-cincang dia sekarang juga!

           

“Eh, takde apa-apalah,” jawab Mamat Apa Khabar sambil tersengih.

           

*********



SAMPAI sahaja ke Kedai Makan Apa-Apa Ajelah, Kit sudah mengangkat sebelah tangannya tanda menegur Pali nun jauh di sana yang kebetulan terpandang akan dirinya yang baru melangkah masuk. Dia lihat Pali sedang mengambil pesanan pelanggan lain. Laju sahaja kaki dia bawa ke sebuah meja yang kosong tetapi masih ada pinggan dan gelas dari pelanggan sebelum itu. Mungkin pekerja kedai makan ini belum sempat mengemas meja tersebut. Kit mengambil tempat duduk sambil menunggu Pali yang sememangnya boleh dikatakan wajib mengambil pesanan makanan darinya. Jarang pekerja lain yang mengambil pesanan darinya jika Pali ada.

           

Okay bro, malam ni kau nak makan apa?” soal Pali ramah berbro walaupun Kit seorang perempuan. Sambil menunggu Kit menjawab pertanyaannya, Pali mengambil pinggan dan gelas yang digunakan oleh pelanggan sebelum itu lalu diletakkan ke dalam dulang yang lebih besar. Setelah itu dia mengelap meja tersebut.

           

Bro, kau macam tak tahu aje, aku dah lama ‘khatam’ semua menu kat sini. Tolak batu dengan kayu, kau bagi apa-apa ajelah, sure aku makan punya,” jawab Kit memberi kebenaran untuk Pali memilih sebarang menu untuk dirinya.

           

“Agak-agaklah weh, sini mana ada jual sup campur batu dan kayu. Okey, aku order special menu untuk kau.” Pali kembali bersuara dan mula bergerak pergi bersama dulang ke bahagian dapur.

           

Kali ini tidak seperti biasa, Kit tidak terus memerhatikan gelagat manusia yang berada di sekelilingnya. Dia lebih tertarik kepada sebuah buku yang berada di sebelah kanan meja yang kelihatan seperti sebuah buku nota bersaiz A5. Tangannya terasa gatal untuk membelek buku nota tersebut. Baru sahaja dia memanjangkan tangan untuk mencapai buku itu, dia terasa kakinya digesel-gesel manja oleh sesuatu. Serta merta senyuman terukir di bibirnya dan dia terus menunduk untuk mengambil Kitty. Kitty diletakkan di atas ribaannya dan dia mengusap-usap lembut badan Kitty.

           

“Helo, Kitty! What’s up, dude? Kau sabar sikit okey, kejap lagi makanan sampai aku bagi kau makan.”



Kitty mengiau seperti memahami apa yang Kit katakan sebentar tadi. Kit membiarkan sahaja Kitty berbaring manja di ribaannya. Tangannya laju sahaja mencapai buku nota yang dia lihat sebentar tadi. Dia membuka buku nota tersebut. Kelihatan tulisan tangan pemilik buku nota yang telah mencatat sesuatu. Kit membaca apa yang tertulis.

           

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah, dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat), dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). [An-Nisa’: 79]



Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. [Al-Qasas: 56]

           

Hatinya terasa seperti ditusuk sembilu. Pedih. Dia selak secara rawak beberapa muka surat seterusnya. Tulisan tangan pemilik buku tersebut dia baca lagi.

           

Berdoalah (mintalah) kepadaKu, nescaya Aku kabulkan untukmu [Ghafir: 60]

           

Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk [Al-‘Araf: 157]

           

Air mata Kit sudah bergenang-genang di pelupuk mata. Dia meneruskan bacaan.

           

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat Nasuha. [At-Tahrim: 8]



Setiap yang bernyawa akan merasai mati [Ali-‘Imran: 185]

           

Berjuraian air mata mengalir saat dia membaca terjemahan ayat yang dicatatkan di dalam buku nota tersebut. Terasa semua yang dibacanya tadi ada kaitan dengan dirinya. Sudah tidak dia pedulikan lagi jika ada mata-mata lain yang memandang ke arahnya. Tanpa menunggu makanan sampai, Kit mengalihkan Kitty dan dia terus keluar dari kedai makan tersebut. Sempat dia bawa sekali buku nota yang dia telah buka dan baca tanpa kebenaran itu. Laju kakinya menuju ke kereta yang sedang elok terparkir.



Sebelah tangan Kit terus menekan punat kawalan jauh bagi membuka kunci kereta. Pintu kereta dia buka dengan kasar dan dia terus menghenyakkan diri di kerusi tempat pemandu. Buku nota yang dia bawa bersamanya dicampak ke kerusi sebelah. Pintu kereta dia tutup dan tangannya terus bersilang pada stereng kereta lalu dia menyembamkan mukanya. Bahunya terhinjut-hinjut bersama dengan esakan tangis yang makin kuat.

           

Ya Allah, what I’ve done? I’m ruining my own life. Hati Kit merintih hiba. Saat ini dia teringat pula lagu Kun Anta yang selalu dimainkan di Kedai Makan Apa-Apa Ajelah itu. Kun Anta yang bermaksud Be Yourself. Dia pernah ‘gatal’ tangan mencari maksud keseluruhan maksud lagu tersebut, ternyata lagu itu ingin memberi kesedaran bahawa kita hanya perlu menjadi diri sendiri dan tidak perlu terikut-ikut dengan perkara lain terutamanya yang negatif hanya semata-mata untuk berasa ‘diterima’ oleh makhluk yang bergelar manusia. Who am I? Is this real? Am I being honest to myself? Urgh, I don’t even know my true self!



*********



HARI INI Kit buat keputusan ‘berani mati’ untuk menunggu Mamat Apa Khabar sedari Kedai Makan Apa-apa Ajelah ini mula beroperasi. Dia ada satu permintaan buat Mamat Apa Khabar itu dan dia harap Mamat Apa Khabar tidak menolaknya. Muncul sahaja Mamat Apa Khabar di kedai makan tersebut, Kit terus melambai-lambai tangan dan membuat isyarat untuk Mamat Apa Khabar menyertainya. Mamat Apa Khabar pula yang agak pelik kerana buat pertama kalinya dia tidak perlu menebalkan muka untuk berkongsi meja dengan Kit.



            “Aku ada benda nak minta tolong kau,” ujar Kit sebaik sahaja Mamat Apa Khabar duduk dan belum sempat untuk membuka mulut bagi bertanya khabar.



            “Wah, hari ini dalam sejarah! Awak sendiri yang ajak saya join awak. Nak minta tolong apa? Saya cuba tolong semampunya.” Mamat Apa Khabar bersuara ceria.



            “Sebenarnya aku malu nak cakap tapi aku kena juga cakap. Boleh tak kau ajar aku pasal Islam?” Kit menyampaikan hajatnya kepada Mamat Apa Khabar. Hanya Mamat Apa Khabar yang dia nampak baik dan tidak mengambil kesempatan ke atasnya.



Mamat Apa Khabar sudah menelan liur mendengar permintaan gadis yang berimej tomboy itu. Dia dapat lihat kesungguhan gadis itu semasa membuat permintaan tersebut. Namun apakan daya, dia tidak layak untuk mengajar gadis ini tentang Islam. Dia sendiri masih belajar mendalami Islam. Adalah lebih mudah mempelajari ilmu tentang Islam ini dari mereka yang lebih arif dan sama jantina. Tapi nak buat macam mana? Takkan nak biar dia terkontang-kanting macam ni sedangkan dah nampak kesungguhan dia nak kembali pada Islam?



“Sekejap ya, saya nak buat satu panggilan.” Mamat Apa Khabar beredar dari meja tersebut lalu membuat satu panggilan.



Agak lama juga dia bercakap di telefon pintarnya. Sesekali kelihatan dia mengangguk-anggukkan kepalanya dan setelah itu perbualan telefon berakhir dengan senyuman. Mamat Apa Khabar kembali ke meja makan yang dia tinggalkan sebentar tadi. Dia kembali mengambil tempat duduk. Kit sudah memandangnya mengharapkan jawapan yang positif.



Kit, here’s the thing, I’ll be glad to help you in any way that I could tapi nak mendalami ilmu pasal Islam ni lebih elok bila kita berguru dengan orang yang sama jantina. Saya harap awak faham. Tadi saya dah call seorang ustaz dan dia setuju untuk isteri dia beri tunjuk ajar pada awak. Jangan risau, isteri dia baik orangnya dan berbesar hati kalau awak nak belajar pasal Islam ni. Sekejap lagi saya minta pen and paper dari waiter and tulis alamat dia.” Mamat Apa Khabar menjelaskan perkara sebenar kepada Kit. Dia tidak mahu Kit berkecil hati dan tidak mahu memadamkan semangat Kit untuk mendalami Islam.



Kit sudah mengangguk-anggukkan kepalanya. Sekurang-kurangnya Mamat Apa Khabar ini berusaha untuk menemukan dia dengan insan yang sudi memberi bimbingan kepadanya nanti. Semoga segala urusan dipermudahkan.



Thanks so muchErr siapa nama kau ek? Baru sekarang aku nak tanya. Itupun sebab rasa pelik bila cakap thanks tak sebut nama.” Kit akhirnya bertanya akan nama sebenar Mamat Apa Khabar ini.



Mamat Apa Khabar sudah tersenyum. “Henry,” ujarnya.



Kit sudah berkerut dahi. Aku salah dengar ke?



Parents kau sengaja bagi nama kau Henry ke kau memang non-Muslim? Habis yang kau cerita maksud nama abang kau answer to prayers tu apa?” soal Kit lagi. Dia tahu yang Islam menyuruh umatnya memberi apa sahaja nama yang membawa maksud baik dan tidak semestinya dalam Bahasa Arab tetapi dia tidak pasti akan kes Mamat Apa Khabar ini kerana muka Mamat Apa Khabar ini sememangnya sudah macam orang Melayu.



Not-yet-Muslim. I didn’t lie to you Kit. My brother’s name is Samuel which means answer to prayers. Oh God, I miss Sam so much,” jawab Mamat Apa Khabar bersama luahan yang dia rindukan abangnya.



Kit terkejut bukan kepalang. Sangkanya lelaki itu sememangnya orang Melayu dan beragama Islam. He’s not-yet-Muslim and yet he knows about Islam better than me! Kit sudah kehilangan kata.



*********



BAJU KURUNG yang dipakai dibetul-betulkan sekali lagi. Dia sendiri tidak pasti entah bila merupakan kali terakhir dia seikhlas hati mengenakan baju kurung dan dia sendiri sebenarnya tidak pasti entah mana datangnya nekad di hati untuk ke sini sesopan ini. Biasanya dia hanya mengenakan baju kurung jika keadaan memaksa dan percayalah bahawa ini merupakan satu-satunya baju kurung dan juga selendang yang dia ada. Perasaannya kini? Janggal tetapi selesa. Kenapa selama ni bila pakai baju kurung aku rasa panas? Dia menyoal diri sendiri dengan soalan yang tidak dia ketahui pilihan jawapan.



Buat kesekian kalinya, dia betulkan selendang yang terjatuh dari bahu. Dah macam mak datin dah gaya aku main sangkut-sangkut selendang kat bahu. Aku dah lama tak pakai tudung sampai aku dah tak reti nak pakai tudung. Satu pin tudung pun tak ada kat rumah tu. Pashmina, kau tolonglah jangan jatuh-jatuh macam ni, nanti terkejut beruk pula ustazah tu tengok rambut aku yang dah serupa lelaki. Baju kurung dan pashmina ni je yang aku ada, itupun sebab aku guna untuk ziarah dia. Aku rindu dia… Kalaulah sekarang ni dia masih ada. Kalaulah…



“Assalamualaikum.” Kit akhirnya memberanikan diri untuk memberi salam setelah dia yakin bahawa dia telah tiba ke rumah yang betul seperti yang tertera pada kertas dalam pegangannya ini. GPSnya tadi turut mengatakan yang dia sudah tiba ke destinasi. Alamat rumah ini ditulis sendiri oleh Mamat Apa Khabar yang kini Kit tahu nama sebenarnya adalah Henry. Henry meyakinkan dirinya bahawa wanita yang bakal dia jumpa ini sudi dan berbesar hati untuk memberi bimbingan kepada Kit.

           

Mata Kit tertancap pada seorang wanita yang lengkap menutup aurat muncul dari rumah tersebut. Senyuman lebar terhias di bibir wanita itu yang kini sedang berjalan menghampiri pagar. Entah mengapa, Kit rasa tenang memandang wanita itu walaupun ini merupakan kali pertama mereka berjumpa. Kit cuba membalas senyuman itu seikhlas hati walaupun dia terasa sedikit kekok.

           

“Waalaikumussalam, Fakhitah kan? Ustaz ada beritahu yang Fakhitah akan datang ke sini hari ni, masuklah.” Syamsiah dengan ramah menjemput Kit untuk masuk sambil tangannya sudahpun berjaya membuka pagar.



Syamsiah bersalaman dengan Kit dan berlaga pipi kiri dan kanan. Kit terasa sedikit janggal kerana itu merupakan sesuatu yang baru pada dirinya namun dalam masa yang sama dia seperti dapat rasa kemesraan dari Syamsiah. Syamsiah kemudiannya memeluk erat dan menggosok-gosok lembut belakang Kit. Di dalam hati, Syamsiah bersyukur yang Kit mencari jalan untuk kembali kepada Islam. Dia berdoa agar Kit bersedia untuk berhijrah ke arah kebaikan dan akan sentiasa istiqamah. Hidayah perlu dicari walaupun Allah berhak memberi hidayah. Dia faham benar yang berubah ke arah kebaikan adalah seribu kali lebih mudah berbanding untuk terus kekal istiqamah. Namun, sebagai saudara seagama, dia berbesar hati sekiranya dia boleh menjadi perantara dan membimbing Kit untuk lebih mengenali Islam. Insya Allah.



Berlainan pula dengan Kit, selain dari terkejut dengan pelukan dari wanita yang mungkin hanya tua beberapa tahun darinya ini, dia seperti mendapat kekuatan dari Syamsiah. Pelukan yang kemas dari Syamsiah itu seakan telah mengalirkan cas-cas positif ke dalam dirinya. Dia rasa lebih bersemangat dan tekad untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya. Pelukan itu mengingatkan dirinya kepada si dia yang dirindui. Pelukan yang akan diterima bukan sahaja ketika gembira malahan ketika dia runsing, tertekan mahupun berduka. Sesungguhnya dia amat merindui pelukan itu.



Pelukan dilepaskan. Syamsiah memimpin Kit untuk masuk ke dalam rumah. Kit duduk di sofa yang berada di ruang tamu manakala Syamsiah ke dapur bagi menghidang air dan sedikit kuih-muih yang sudah dia sediakan sejak awal lagi. Anak sulung lelakinya yang sudah berumur lapan tahun mengikut si suami dan di rumahnya sekarang hanya ada anak keduanya yang berumur empat tahun. Secara kebetulan anaknya itu sedang tidur jadinya pertemuan dia dan Kit pada hari ini akan lebih aman dan selesa tanpa sebarang gangguan.



“Jemputlah minum Fakhitah, jangan segan-segan ya.” Syamsiah mempelawa Kit sambil dia menghidangkan kuih-muih dan meletakkan secawan teh suam di hadapan Kit.



“Terima kasih ustazah, susah-susah aje.”



“Ish, apa yang susahnya Fakhitah, sikitpun tak usah. Lagi satu jangan panggil akak ustazah. Panggil Kak Sya aje.” Syamsiah dengan ramah meminta Kit untuk memanggilnya dengan panggilan Kak Sya dan bukannya ustazah. Dia mahu gadis yang berada di hadapannya ini lebih cepat selesa dengan dirinya dan mengelakkan dari terasa seperti pembelajaran di dalam kelas.



“Oh, okey Kak Sya,” jawab Kit sambil tersenyum segaris.



“Sedap nama Fakhitah. Kak Sya suka sangat. Ini kali pertama Kak Sya jumpa orang yang nama Fakhitah,” ulas Syamsiah. Dia mahu lebih mengenali Kit dan mahu mewujudkan suasana yang santai supaya tidak terasa jurang antara mereka. Kit tersenyum pahit. Ini merupakan kali pertama dia jumpa manusia yang mengatakan namanya sedap. Biasanya ramai orang akan kata namanya pelik kerana tidak pernah dengar nama sebegitu.



“Arwah mama saya yang beri nama tu Kak Sya. Kak Sya orang pertama yang kata nama tu sedap selain arwah mama. Terima kasih.”



Kit tunduk memandang bucu meja. Sekali lagi dia tersenyum pahit. Matanya sudah bergenang-genang dengan air mata. Pandangan terasa sedikit kabur. Kalaulah mama dengar apa yang Kak Sya cakap tadi, mesti mama orang yang paling gembira. Tapi kalaulah mama tahu yang hidup aku selama ni bergelumang dengan dosa, mesti mama orang yang paling berduka lara.



Melihat Kit yang seakan bersedih, Syamsiah beralih mengambil tempat duduk di sebelah Kit. Dia raih tangan Kit dan digenggamnya tangan itu dengan kemas. Dia mahu Kit rasa yang dia ada di sini untuk berkongsi cerita ataupun memberi semangat umpama ahli keluarga sendiri.



“Fakhitah, tak mahulah sedih-sedih macam ni. Kita sama-sama doakan mama Fakhitah aman di sana ya. Fakhitah ada Kak Sya. Kak Sya akan selalu sokong Fakhitah.” Syamsiah bersuara lembut seperti memujuk kanak-kanak kecil. Kit sudah mengalirkan air mata. Dia memeluk Syamsiah dan terus menangis teresak-esak. Syamsiah membalas pelukan Kit dan mengusap perlahan-lahan belakang Kit bagi menenangkan dirinya.



“Kak Sya… saya… banyak dosa… banyak sangat kak…” suara Kit sudah kedengaran tenggelam timbul.



“Fakhitah, kita manusia memang pendosa. Tapi Allah tu Maha Penyayang, pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita bertaubat atas dosa-dosa kita. Apa sekalipun dosa yang pernah kita lakukan, kita taubat dengan sebenar-benar taubat dan jangan ulangi dosa tu. Fakhitah boleh, sayang. Akak akan cuba bantu Fakhitah selagi termampu.” Syamsiah bersuara cuba menenangkan tangisan Kit.



Apabila pelukan terlerai, Syamsiah pandang dalam-dalam anak mata Kit. Dia seakan-akan dapat melihat sinar penyesalan dan pengharapan. Penyesalan dengan kisah silam dan pengharapan untuk berubah. Dia nekad, walau apa kisah lalu Kit, dia akan sedaya-upaya memberi bimbingan dan sokongan moral. Dia kembali menggenggam erat tangan Kit, cuba untuk menyalurkan kekuatan.



“Pertama sekali jom kita sama-sama betulkan niat, kita nak berubah ke arah kebaikan kerana Allah Taala. Sama-sama kita doa agar Allah permudahkan jalan.” Syamsiah berkata sambil tangannya menyeka sisa air mata di pipi Kit. Kit sudah mengangguk dan tersenyum. Kali ini lebih lebar dari sebelum ini.



“Kak Sya, saya ada satu permintaan nak minta tolong Kak Sya ni. Segan pula nak cakap. Sudahlah baru kenal Kak Sya terus nak minta tolong.” Kit memberanikan diri untuk menyatakan hasrat di hati.



“Lah, nak segan apanya Fakhitah. Tak payah nak seganlah dengan Kak Sya. Insya Allah, kalau akak boleh tolong akan akak tolong. Kalau akak tak boleh tolong, akak cari orang lain yang boleh tolong,” sambil tersenyum Syamsiah meyakinkan Kit.



“Saya nak minta tolong Kak Sya jadi ‘perunding imej’ saya, nak minta Kak Sya teman pergi shopping baju dan tudung. Kalau Kak Sya ada senanglah ada orang yang boleh tegur saya pakaian dan tudung yang macam mana ikut piawaian Islam.” Kit menerangkan hajat di hati. Syamsiah sudah mengucapkan Alhamdulillah di dalam hati. Senyuman manis terus terukir di bibir. Matanya sudah bersinar-sinar dengan cahaya keterujaan.



 “Insya Allah. Nanti akak minta izin ustaz dulu ya. Lepas tu bolehlah pergi shopping. Akak pun dah lama tak shopping ni.”


*********



DUA TAHUN KEMUDIAN…



KAK SYA!” Fakhitah memanggil Syamsiah sambil tangan kanannya melambai-lambai atakan Syamsiah dan anak perempuannya. Sejak dia memulakan penghijrahan, dia tidak lagi mengenalkan dirinya sebagai Kit.



Syamsiah memimpin Syazani dan terus berjalan menuju atakan Fakhitah. Fakhitah bersalaman dengan Syamsiah dan mereka turut berpelukan. Terasa seperti sudah lama tidak berjumpa sedangkan mereka baru ‘terpisah’ selama tiga minggu. Syazani bersalaman pula dengan Fakhitah. Fakhitah memeluk dan mencium pipi kiri dan kanan kanak-kanak itu.



“Jom kak, duduk dulu. Zan, jom duduk sebelah auntie. Kita order makanan lepas tu boleh sembang lama-lama.” Fakhitah menjemput Syamsiah dan Syazani duduk. Mereka kemudiannya membuat pesanan makanan.



“Hamdi tak ikut sekali kak?” soal Fakhitah mengenai anak sulung Syamsiah walaupun dia tahu Syamsiah biasanya akan membawa Syazani keluar bersama kerana Hamdi selalunya mengikut si suami beraktiviti.



“Macam biasalah Fakhitah, cuti-cuti sekolah macam ni Hamdi akan ikut ustaz beraktiviti sana-sini. Biarlah dia biasakan diri. Seronok bila tengok dia sendiri yang rela nak ikut. Fakhitah sekarang macam mana? Sibuk betul sekarang ya, susah akak nak jumpa.” Syamsiah bertanya perkembangan Fakhitah.



“Sekarang memang sibuk sikit Kak Sya. Dah bertahun-tahun tak kerja ni bila nak kerja semula tu yang sibuk tu. Macam-macam nak kena belajar dan biasakan diri. Saya dah janji dengan papa nak tolong dia di syarikat tu,” terang Fakhitah panjang lebar.



Syamsiah sudah tersenyum. Alhamdulillah. Dalam masa dua tahun ni hubungan Fakhitah dan keluarga dia bertambah baik dan erat. Suka betul tengok Fakhitah yang sekarang. Lain benar dengan Fakhitah yang pertama kali jumpa dua tahun lepas. Fakhitah yang first time jumpa dulu berselendang sangkut-sangkut di bahu gaya mak datin, Fakhitah yang sekarang elok menutup aurat mengikut syariat. Semoga dia akan terus istiqamah di jalan ni. Bisik Syamsiah di dalam hati.

           

Seketika kemudian minuman yang mereka pesan dihantar oleh pelayan. Masing-masing membasahkan tekak yang agak dahaga. Fakhitah membantu Syazani meminum air minumannya, sengaja mahu memanjakan sedikit Syazani yang sudah lama tidak dia jumpa. Syamsiah tersenyum melihat gelagat Fakhitah itu.

           

“Fakhitah bila nak berumahtangga?” Syamsiah melontarkan soalan cepumas buat Fakhitah. Fakhitah sudah tergelak mendengar soalan dari Syamsiah. Langsung dia tidak terasa atau berkecil hati kerana Syamsiah sudah dia anggap seperti kakak sendiri.

           

“Kak Sya ni macam takde soalan lain yang lagi mencabar nak tanya saya. Kenapa? atakana calon untuk saya ke? Kalau ada boleh je. Hehe.” Ujar Fakhitah bersahaja namun lain pula reaksi Syamsiah. Dia kelihatan sungguh teruja.

           

“Memang akak ada calon untuk Fakhitah pun. Dia baik, beriman, pemurah, penyayang dan macam-macam lagilah. Pendek kata memang sesuai sangat dengan Fakhitah. Fakhitah nak kenal dengan dia dulu tak?”

           

Ya Allah, aku bergurau aje cakap macam tu sekalinya memang Kak Sya betul-betul ada calon untuk aku. Macam mana ni?

           

“Siapa nama dia kak?” soal Fakhitah. Masih berlagak tenang.

           

“Alif Hamzah,” jawab Syamsiah ringkas.

           

Fakhitah sudah terkejut. Kak Sya ni biar betul! Seratus lima puluh juta kali dia anggap aku macam adik dia sekalipun takkanlah sampai nak suruh aku jadi madu dia? Syamsiah seperti dapat mengagak apa yang bermain di fikiran Fakhitah terus bersuara.

           

“Fakhitah jangan fikir bukan-bukan ya. Bukan Ustaz Hamzah suami akak tu, ni Alif Hamzah kawan kepada ustaz.” Akak pun tak pernah pasang cita-cita nak bermadu Fakhitah oi! Sambung Syamsiah di dalam hati.

           

Fakhitah sudah tersengih mendengar apa yang Syamsiah atakana. Oh, kawan Ustaz Hamzah. Masa tengah cuak manalah nak ingat nama penuh Ustaz Hamzah apa. Ingatkan kena bermadu dah tadi. Haha! Tapi kawan Ustaz Hamzah ni ustaz juga ke? Boleh ke dia terima baik buruk aku? Allah dah janji perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Cukup baikkah aku untuk dijodohkan dengan pasangan yang baik?


*********



FAKHITAH sudah tidak senang duduk. Walaupun ini bukan pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah Syamsiah namun ini merupakan pertama kali dia bakal berjumpa dengan calon yang Syamsiah beria benar ingin perkenalkan kepadanya. Syamsiah yang sedang melayan Syazani mewarna pada buku warna turut mengambil kesempatan tersenyum-senyum dan turut mengusiknya. Dia buat-buat tidak tahu dengan usikan Syamsiah yang sudah dianggap seperti kakaknya itu. Fakhitah cuba menenangkan dirinya dengan berzikir dan berselawat di dalam hati. Dia betulkan letak duduk tudungnya.

           

Salam yang kedengaran dari luar menambahkan lagi kelajuan degupan jantung Fakhitah. Syamsiah yang menutup aurat dengan lengkap seperti Fakhitah sudah bangun untuk menuju ke pintu utama rumah bagi menyambut kepulangan suami dan anaknya serta tetamu yang bakal diperkenalkan kepada Fakhitah. Baru sahaja tangannya mahu mencapai tombol pintu, Hamdi sudah membuka pintu dari luar menggunakan kunci yang ada padanya. Hamdi tersenyum memandang si ibu lalu menyalam tangan si ibu.

           

“Hamdi, tolong ibu boleh? Hamdi bawa Zan masuk study room and then tolong Zan sudahkan mewarna tu ya.” Ujar Syamsiah kepada anak sulungnya yang boleh diharap itu.

           

“Okey ibu, boleh. Zan, jom ikut abang.” Hamdi menyatakan kesanggupannya menunaikan permintaan si ibu. Dia menghampiri Syazani yang sedang mewarna dan tolong membawa buku dan sebekas pencil warna Syazani ke dalam bilik belajar. Syazani dengan akur mengekori si abang.

           

Jantung Fakhitah berdegup kencang. Tahu yang selepas ini dia bakal diperkenalkan dengan calon yang Syamsiah atakana begitu padan dengan dirinya. Dia memberanikan diri untuk memandang pintu utama. Ustaz Hamzah muncul dan Syamsiah terus menghampiri si suami yang baru melangkah lalu menyalam tangan si suami. Seorang lagi lelaki melangkah masuk dan melemparkan senyuman buat Fakhitah. Henry? Kenapa Henry ada kat sini? Jangan cakap yang Henry tu…

           

“Fakhitah perkenalkan, inilah Alif Hamzah. Alhamdulillah. He reverted to Islam about two years ago, terang Syamsiah.       

           

“Alif ada beritahu yang kamu berdua memang dah kenal sebelum ni. Tapi hari ni memang Alif sendiri yang minta untuk diperkenalkan semula dengan Fakhitah.” Ustaz Hamzah akhirnya bersuara. Dahi Syamsiah sudah berkerut mendengar apa yang si suami sampaikan. Alif dah kenal Fakhitah sebelum ni? Oh, yalah baru teringat! Fakhitah datang sini pertama kali dulu lepas Alif beritahu yang aku sudi beri tunjuk ajar pada dia.

           

Oh, Henry kembali pada Islam dua tahun lepas rupa-rupanya. Siapa sangka hari dia bagi alamat Kak Sya merupakan hari terakhir kita orang jumpa. Dan siapa sangka dia lahir bukan dalam Islam tapi dia akhirnya kembali pada Islam. Ironinya aku sendiri yang memang dah lahir dalam Islam tapi baru ‘reverted to Islam’ tahun yang sama dengan dia. Jahilnya aku…


*********



ALIF melambai-lambai tangan kepada Fakhitah apabila dia terlihat gadis itu muncul di pintu masuk Kedai Makan Apa-Apa Ajelah seperti yang telah mereka janjikan. Kedai makan yang mengimbau pelbagai nostalgia. Dia sendiri sudah lama tidak ke sini sejak kali terakhir lebih dua tahun lepas. Hari ini merupakan giliran Fakhitah untuk mengenali ibu Alif. Minggu lepas Alif sudah berjumpa dengan bapa dan ibu tiri Fakhitah. Kedua-duanya merestui dia disatukan dengan Fakhitah dan mereka memberi cadangan agar dipercepatkan perkara baik ini. Bersujud syukur Alif apabila tiada halangan dari keluarga Fakhitah.



Walaupun Alif pasti yang ibunya tiada halangan dengan calon pilihannya ini, namun dia tahu perjumpaan ini penting dan dia berharap agar Fakhitah akan cepat-cepat mesra dengan ibunya kerana ibunya ini sahajalah keluarga yang dia ada. Selepas perjumpaan hari ini, bolehlah mereka rancang perjumpaan rasmi kedua-dua belah pihak dan seterusnya memilih tarikh yang sesuai untuk diadakan majlis pernikahan. Dia berdoa agar segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya.



Fakhitah berjalan menghampiri Alif setelah dia ampak lambaian tangan lelaki itu. Dia tidak dapat lihat ibu Alif kerana wanita itu duduk membelakangi pintu utama kedai makan. Dia dapat lihat Alif sudah berdiri menyambut ketibaannya. Langkah kaki dihentikan apabila sudah tiba ke destinasi. Dengan senyuman manis, Fakhitah memandang ibu Alif yang sudah sedikit mendongak untuk memandangnya. Senyuman Fakhitah serta-merta mati.



Belum sempat untuk Alif buka mulut bagi memperkenalkan ratu hatinya kepada bakal permaisuri hati, Fakhitah terus berlari meninggalkan mereka berdua. Air matanya sudah bergenang-genang di pelupuk mata. Pandangannya sudah sedikit kabur namun dia harus cepat-cepat pergi dari situ. Langkah kaki terus dia atur menuju ke kereta. Masuk sahaja ke dalam kereta, terus dia pastikan yang keretanya dikunci. Kedua-dua tangannya disilangkan ke stereng kereta dan dia menyembamkan muka sambil air mata yang tidak dapat ditahan terus jatuh membasahi pipi.



Aku kenal dia! Walaupun dia dah pakai tudung tapi sampai bila-bila aku akan ingat muka dia. Ya Allah, akulah rupa-rupanya pembunuh satu-satunya abang yang Alif ada. Kenapa baru sekarang aku tahu? Saat aku baru nak kenal erti bahagia, kisah duka juga yang menjelma. Ya Allah, adakah aku sememangnya tak layak untuk bahagia? Ampunkan aku Ya Allah. Ampunkan hambaMu ini yang dulu pernah lalai dan leka dalam mengingatiMu Ya Rabbi. Rintih Fakhitah di dalam hati. Dia sudah tidak peduli jika ada manusia lain yang melihat tangisannya ini.



Cermin kereta Fakhitah diketuk beberapa kali. Fakhitah angkat muka dan menoleh ke kanan. Alif Hamzah! Dia dapat tangkap riak resah pada raut wajah lelaki itu. Alif memberi isyarat supaya Fakhitah menurunkan cermin kereta ataupun keluar dari kereta. Fakhitah menggelengkan kepalanya lalu mengesat air mata. Dia terus memandu meninggalkan Alif yang masih berdiri di situ tergamam dengan apa yang baru sahaja berlaku.


*********



“CIK FAKHITAH, ada tetamu minta nak jumpa cik tapi dia takde buat appointment.” Nadirah selaku pembantu peribadi Fakhitah bersuara di corong telefon menyampaikan berita kepada Fakhitah. Sengaja dia ambil seorang wanita bagi menjadi pembantu peribadinya. Lebih selesa.



            Fakhitah yang sedang duduk menghadap kerja di dalam biliknya sudah berkerut dahi. Dia baru sahaja mula bekerja dengan bapanya ini dan dia tidak rasa akan ada sesiapa yang mahu berjumpa dengannya tanpa membuat temujanji terlebih dahulu.



            “Siapa nama dia Nadirah?” soal Fakhitah.



            “Alif Hamzah, cik. Cik nak saya benarkan dia masuk?”



            Nope! I don’t want to see him. Jangan benarkan dia masuk.” Laju Fakhitah bersuara. Segera gagang telefon dia letak ke tempat asal. Namun, tidak lama kemudian, sekali lagi telefon itu berbunyi.



            “Maaf Cik Fakhitah, orang yang sama nak jumpa cik tapi kali ni dia cakap nama dia Henry.” Nadirah bersuara. Fakhitah sudah memejamkan mata saat mendengar nama itu disebut.



            No, Nadirah! Which part of ‘I don’t want to see him’ that you don’t understand? Tak kisahlah nama dia apa yang penting saya tak nak jumpa dia!” Kali ini sedikit kasar Fakhitah bersuara. Gagang telefon yang tidak bersalah menjadi mangsa dihempas ke tempat asalnya.



Baru sahaja dia ingin menyambung kerjanya yang tergendala, pintu biliknya dikuak dengan kasar dari luar. Matanya dibentangkan dengan wajah Alif dan Nadirah yang berdiri di belakang lelaki itu dengan riak serba salah. Skrip drama sangat! Main serbu masuk bilik orang pulak. Sekejap lagi ni mesti Nadirah cakap sorry.



I’m so sorry Cik Fakhitah. Saya dah cuba halang tapi encik ni meluru masuk bilik cik.” Benar seperti ramalan Fakhitah, Nadirah meminta maaf.



It’s okay Nadirah, you may leave now. But before that can you please help me to open the blinds and close the door before you go out? Thanks.” Fakhitah membuat pertanyaan walaupun ia sebenarnya satu arahan. Kebiasaannya Nadirah akan biar pintu terbuka apabila Fakhitah ada tetamu bukan mahram kerana itu adalah permintaan Fakhitah sendiri tetapi kali ini oleh kerana Fakhitah tidak mahu perkara yang akan dibincangkan ini didengari oleh pekerjanya yang berada di luar, dia memberi arahan untuk menutup pintu dan tirai di biliknya sahaja dibuka agar orang dari luar dapat melihat apa yang berlaku di dalam.



Setelah Nadirah melakukan perkara seperti yang disuruh oleh Fakhitah, dia meninggalkan bilik tersebut dan turut menutup pintu. Fakhitah cuba berlagak bersahaja sambil memandang kertas-kertas yang berada di hadapannya manakala Alif masih setia memandang Fakhitah.



“Silakan duduk Encik Alif. I believe that there is nothing to discuss but whatever it is, please make it short, simple and quick.” Fakhitah bersuara tegas tanpa memandang Alif.



Alif menarik nafas dalam-dalam dan dihembusnya nafas itu. Dia tahu yang jika dia mahu perhubungan ini berjaya, dia perlu banyak bersabar dan cuba meyakinkan gadis di hadapannya ini. Dua minggu sudah berlalu sejak peristiwa dia dan ibunya ditinggalkan terpinga-pinga dan dia berharap tempoh itu mencukupi untuk Fakhitah tenangkan diri. Selebihnya, dia berserah pada Tuhan. Alif akhirnya mengambil tempat duduk. Suasana sepi menyelubungi bilik tersebut hingga mampu mendengar bunyi perlahan yang dihasilkan oleh pendingin hawa.



“Awak apa khabar?” soal Alif memecahkan kesunyian.



Fakhitah tersenyum pahit. He’s back as Mamat Apa Khabar. Mamat yang suatu masa dahulu selalu bertanya khabar aku walaupun aku tak pernah nak jawab. Mamat yang suatu masa dahulu ringan mulut bercerita fasal diri dia terutamanya fasal arwah abang dia. Mamat yang pernah bercerita pada aku betapa dia sedih dengan kehilangan arwah abang dia. Ironinya, dia rupa-rupanya bercerita pada orang yang dah bunuh abang dia!

           

Mommy has told me everything,” Alif meneruskan bicara kerana dia tahu Fakhitah tidak akan pernah menjawab soalannya tadi. Sama seperti suatu ketika dahulu.

           

Well, that summarises everything, the reason why we can’t be together,” balas Fakhitah bersahaja. Dia hanya memandang sekilas Alif yang duduk berhadapannya dan terus buat-buat menyambung kerja sedangkan otaknya sudah tidak atak semenjak Nadirah memberitahunya tentang kedatangan lelaki itu.

           

“Fakhitah, that’s not what I’m trying to say. Mommy dah lama redha dengan peristiwa tu. Me too. In fact, cadangan mommy sama dengan papa awak, nak kita cepat-cepat dirikan rumah tangga. Let bygones be bygones. You should move on Fakhitah. Please, for all of us.” Alif cuba memujuk Fakhitah. Dia sudah tahu cerita sebenar daripada ibunya dua minggu yang lalu. Kebenaran tu memang pahit, tapi pahit lagi kalau disebabkan perkara tu Fakhitah nak batalkan perkahwinan ni.

           

Fakhitah memusingkan kerusinya supaya membelakangi Alif. Mengingati peristiwa kelam itu pasti akan membuatkan dia menangis sendiri. Sedaya-upaya dia cuba untuk menangis tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Mujurlah kerusinya ini lebih besar dari saiz badannya jadi dapat menghalang Alif dari melihat bahunya yang sudah terhinjut-hinjut. Move on? Siapa yang dapat move on lepas jadi pembunuh? Aku dah bunuh abang dia dan aku juga dah bunuh dia yang aku sayang. Aku dah bunuh dua nyawa dalam satu malam! Fakhitah mengumpul kekuatan untuk bersuara. Dia masih lagi membelakangi Alif.

           

I’m a murderer, Alif! Awak takkan faham perasaan ni sebab awak tak berada di tempat saya. Saya dah bunuh dua nyawa awak faham tak? Dua nyawa!”

           

“Fakhitah, it was an accident! Boleh tak awak terima kenyataan? Abang saya dan kawan awak dah lama pergi. I’m sure they want you to go on with your life as much as I do. Apa yang terjadi tu sentiasa ada hikmah yang tersembunyi dan Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang tak mampu kita tanggung.” Alif bersuara panjang lebar.



Dia sendiri terkejut apabila mengetahui dari ibunya bahawa Fakhitah merupakan kawan kepada pemandu yang melanggar kereta abangnya. Sewaktu kemalangan itu berlaku, dia bekerja di luar negara. Apabila dia tiba di Malaysia, jasad abangnya sudahpun dikebumikan dan yang paling mengejutkan dirinya adalah apabila ibunya memberitahu bahawa abangnya telah diuruskan secara Islam kerana abangnya sudah lama memeluk Islam.



Dia sebagai adik langsung tidak tahu akan hal tersebut walaupun mereka rapat dan selalu berbual melalui Skype. Menurut ibunya, si abang sudah hampir dua tahun memeluk Islam. Pada mulanya ibunya begitu kecewa namun apabila ibunya dapat rasa kasih sayang dan penghargaan abangnya itu terhadap si ibu tidak pernah berkurang malahan semakin bertambah, ibunya tahu pasti perubahan abangnya itu berkaitan dengan agama barunya. Ibunya sendiri dapat melihat jasad abangnya yang kelihatan tenang dan seperti tersenyum.



Selepas si abang pergi, Henry membuat keputusan untuk berhenti bekerja di luar negara dan kembali tinggal di Malaysia supaya dapat sentiasa berada bersama si ibu. Mulut si ibu tidak pernah lekang menyebut kebaikan si abang yang menyebabkan dirinya sendiri berfikir hebat benarkah agama Islam ini sehingga mampu membawa perubahan yang begitu baik kepada abangnya itu? Perubahan yang mampu menyejukkan hati si ibu yang pada mulanya remuk-redam apabila mengetahui bahawa si abang sudah lama menukar agama.



Pertemuan yang tidak dijangka dengan Ustaz Hamzah menjadi titik tolak Henry mula mengenali Islam. Sungguh, Islam itu sememangnya agama yang sempurna. Apabila dia sudah bersedia untuk ‘kembali’ kepada agama fitrah ini, dia memilih nama Islamnya sebagai Alif Hamzah. Alif merupakan nama Islam arwah abangnya manakala Hamzah adalah kerana Ustaz Hamzah merupakan orang pertama yang mengenalkan dia kepada Islam dan begitu sabar melayan setiap kemusykilannya. Fakhitah sendiri sudah dia beritahu sebab sebenar nama Islamnya ini semasa ‘perkenalan semula’ mereka di rumah Ustaz Hamzah yang lepas. Tidak lama selepas dia memeluk Islam, ibunya juga membuat keputusan yang sama. Bukan main gembira lagi hatinya. Mungkin inilah hikmahnya kematian satu-satunya abang yang dia ada.

           

Fakhitah memusingkan kerusinya semula menghadap Alif. Kali ini dia sudah tidak peduli jika lelaki itu melihat tangisannya.

           

“Ya Allah, jahilnya saya masa tu. Kalaulah masa tu saya tak mabuk dan tak bergaduh dengan kawan saya yang tengah drive, kami takkan berlanggar dengan abang awak. Semuanya salah saya.” Fakhitah memarahi diri sendiri. Maira, maafkan aku. Hanya kau yang ikhlas berkawan dengan aku. Hanya kau yang tak pernah putus asa ajak aku berubah ke jalan yang benar. Hanya kau yang sanggup atak tangan aku bawa keluar dari tempat maksiat. Tapi aku yang menyebabkan kematian kau atakana Alif. Ya Allah, kau tempatkanlah Maira atakana Alif bersama orang-orang yang beriman.



Kenapa aku bodoh sangat? Kenapa hanya sebab papa kahwin dengan isteri baru lepas dua bulan mama meninggal dunia aku memberontak macam tu sekali? Aku dah Form 1 waktu tu sepatutnya aku dah boleh fikir dan terima kenyataan, bukannya memberontak berkawan dengan mereka yang hanya nakkan duit aku. Semuanya hanya tahu cari aku bila dalam kesusahan, bila nak enjoy pergi clubbing sampai awal pagi, bila teguk air haram sampai tak sedar diri, bila nak guna kondo aku untuk mereka buat maksiat sampai dinihari. Sungguhpun aku tak pernah berzina tapi aku biarkan kawan-kawan aku guna kondo aku tu untuk kegiatan mereka. Aku sendiri teguk arak seorang diri dalam bilik sampai mabuk. Bukan sekali dua, tak terkira banyaknya. Aku sentiasa bergelumang dengan dosa. Ya Allah, hambaMu ini banyak berbuat dosa. Adakah taubatku Engkau terima?

           

Alif bangun dari duduk. Tidak betah dia melihat bakal permaisuri hati mengalirkan air mata sebegitu rupa. Dia menuju ke satu ruang perbincangan yang memuatkan set sofa dan meja. Dia ambil beberapa helai tisu yang berada di atas meja tersebut lalu dia bergerak menghampiri Fakhitah. Setelah dia berdiri selangkah dari kerusi Fakhitah, dia hulurkan tisu tersebut. Fakhitah menyambut huluran tisu dan terus mengelap air mata dan air hidungnya. Saat itu Alif terpandang sebuah buku yang berada di sebelah kanan meja Fakhitah. Tanpa meminta keizinan, dia mencapai buku itu dan mula menyelak beberapa muka surat sehingga tiba di muka surat yang dia cari-cari. Fakhitah agak pelik dengan perlakuan lelaki itu namun apabila lelaki itu menyuakan buku itu kepadanya, dia ambil dan baca apa yang tercatat pada muka surat yang ditunjukkan oleh lelaki itu.



Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan [Al-Baqarah: 286]



Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang melampaui  batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. [Az-Zumar: 53]

           

“Fakhitah, we both have our past but we can’t go back and wipe them. However, we can write and shape our future ahead of us. Kurniaan Allah tu luas dan ini kurniaan Dia untuk kita.” Alif berbicara setelah dia yakin yang Fakhitah sudah baca apa yang tertulis pada buku itu.

           

Will you still marry me?” soal Alif setelah Fakhitah masih lagi membisu.

           

Five… four… three… two… one... Time’s up! Okay, I’ll take that as a yes,” sambung Alif lagi.

           

Fakhitah sudah berkerut dahi. Sesedap rasa dia aje nak anggap aku setuju. But in a way memang betullah apa yang dia cakap tu, setiap yang berlaku memang ada hikmahnya. Pemergian arwah abang dia membawa dia pulang ke Malaysia dan mengenali Islam. Pemergian Maira pula membawa aku setiap malam berada di Kedai Makan Apa-Apa Ajelah dulu. Kat kedai makan itulah aku jumpa dia yang pada mulanya aku sangkakan seorang Islam. Melalui dia aku kenal Kak Sya yang dah banyak tolong aku dalam penghijrahan ni. Dan kat kedai makan itulah aku jumpa buku nota ni. Buku yang aku dah buat macam harta sendiri siap tambah nota-nota aku lagi. Rasa bersalah juga kat owner asal buku ni. Ehhh kejap! Macam mana Alif boleh tahu nak selak buku ni sampai ke muka surat ni?

           

“Macam mana awak tahu nak cari ayat ni dekat page ni?” tanya Fakhitah musykil. Alif sudah tersenyum lebar.

           

“Sebab saya tuan punya buku nilah Cik Fakhitah oi. Puas saya cari buku ni tapi tak jumpa. Saya tahu buku ni tertinggal kat mana-mana tapi tak dapat nak agak sebab saya follow kelas agama kat beberapa tempat. Saya Cuma berharap yang buku ni jatuh pada tangan yang betul dan pada orang yang memerlukannya. Nampak ni atakan nama saya. Waktu tu saya plan bila saya kembali pada Islam, saya akan guna nama ni.” Alif menyelak halaman pertama buku nota itu lalu ditunjukkan kepada Fakhitah.



Fakhitah sudah hafal benar apa yang ada pada halaman pertama buku nota tersebut. Tetapi macam mana dengan hanya dua huruf itu boleh menerangkan nama lelaki ini? Selama ini dia hanya menganggap pemilik buku tersebut adalah Aa. Tidak pasti berapa harakat sepatutnya bunyi Aa itu.



“Masa tu saya baru kenal huruf Jawi tapi tak pandai mengeja guna Jawi. Disebabkan saya nak sangat tulis nama saya dalam Jawi maka saya tulislah huruf alif dan huruf hamzah pada buku nota ni. Simple kan? Dua huruf Jawi tu dah boleh terangkan nama saya tanpa perlu ejaan penuh.” Alif sudah tersenyum bangga menceritakan perkara sebenar.



Fakhitah sudah menepuk dahi. Lah, itu ke maksud sebenar tulisan Jawi ni. selama ni ingatkan owner asal buku ni nama dia Aa. Fakhitah menjatuhkan pandangan pada Alif yang sudah kembali duduk berhadapannya.



Okay, one last question. Why me?” tanya Fakhitah. Entah kenapa, melihat kesungguhan lelaki itu meyakinkan dirinya pada hari ini membuatkan dirinya mahu bertanya soalan ini. Semasa ‘perkenalan semula’ di rumah Syamsiah dahulu dia tidak terfikir langsung untuk bertanya.



Why not?” balas Alif sambil tersenyum selamba namun apabila melihat muka Fakhitah yang sudah kembali serius membuatkan dia cepat-cepat menyambung ayatnya.



“Sebab awak seorang yang penyayang. Masa kat Kedai Makan Apa-Apa Ajelah tu saya selalu ataka awak bagi makan pada kucing kat situ. Awak siap belai-belai lagi kucing tu. Tak semua orang sanggup nak pegang kucing ‘gelandangan’ macam tu tapi awak tak pernah kisah. Walaupun waktu tu awak cuba sorok dengan imej tomboy awak tu tapi sikap penyayang awak tu tetap terserlah. Then one day kedai makan tu full house dan saya ataka ada tempat kosong kat meja awak. Sejak hari tu walaupun ada meja kosong lain saya tetap nak makan semeja dengan awak. Terus terang saya atakana yang saya terpaut dengan sikap penyayang awak sejak dulu lagi. Saya yakin awak boleh jadi seorang ibu dan isteri yang baik.” Terang Alif panjang lebar. Rasa macam tengah buat summary ‘Why I have chosen Fakhitah to be My Wife’ in less than 120 words. Hehe.



Fakhitah tidak menyangka itulah penyebab lelaki itu yakin benar mahu memperisterikan dirinya yang serba kekurangan ini. Dia tertunduk malu. Ya Allah, Kau berilah yang terbaik buat kami. Amin.



*********



 “ASSALAMUALAIKUM sayang.”



Fakhitah dikejutkan dengan suara Alif yang menyapa. Salam dijawab perlahan. Dia meletakkan anak kecilnya yang berusia enam bulan yang baru sahaja melelapkan mata di atas katil. Si suami menghampiri katil dan mencium si kecil dengan lembut. Senyuman terukir di bibir saat si kecil seperti tersenyum dalam tidur setelah dicium si ayah. Fakhitah menarik tangan si suami supaya menjauhi si kecil agar si kecil tidak terjaga dari lena. Alif tersenyum memandang si isteri. Terasa penat bekerjanya serta-merta hilang apabila memandang wajah isteri tersayang. Tubuh si isteri diraih dan dipeluk lembut. Fakhitah membalas pelukan si suami.



“Apa khabar awak hari ni? Apa khabar iman hari ni? Apa khabar anak dara kita hari ni?” Fakhitah dihujani dengan soalan dari si suami. Hari-hari suaminya ini akan bertanya soalan yang sama.



He’s back as Mamat Apa Khabar. Hehe. Kalau dulu zaman dia tanya apa khabar kat Kedai Makan Apa-Apa Ajelah tu mungkin aku tak rasa apa-apa. Tapi sekarang ni setiap kali dia tanya apa khabar, aku dapat rasa kasih sayang dia untuk aku dan anak kami. Orang yang sama, perasaan yang berbeza.



“Alhamdulillah. Semuanya sihat bang cuma bab iman tu nak kena improve lagi. Hehe. Tak tahu pun yang abang akan balik hari ni. Ingatkan abang balik lagi dua hari.” ujar Fakhitah.



“Alhamdulillah, insya Allah kita sama-sama improve ya sayang. Planning asal memang macam tu tapi tak bolehlah sayang. Abang rindu awak and our little princess. Jadinya semua kerja abang make sure settle cepat-cepat.” Jawab Alif. Si isteri meleraikan pelukan lalu memandangnya penuh syahdu. Alif kemudiannya mencium ubun-ubun si isteri. Si isteri sudah tersenyum manis.



We miss you too, abang. Abang rehatlah dulu saya turun bawah buatkan air untuk abang ya.” Fakhitah mula bergerak untuk turun ke dapur namun langkahnya terhenti apabila tiba-tiba suaminya bersuara.



“Ummu Hani,” panggil Alif perlahan tetapi masih didengar oleh Fakhitah.



“Amboi abang, baru outstation tiga hari dah lupa nama isteri sendiri? Ummu Hani tu awek abang yang mana?” Tapi kenapa macam pernah dengar ek? Fakhitah kembali berpusing menghadap si suami. Tangannya sudah mencekak pinggang. Alif menghampiri si isteri dan meraih kedua-dua belah tangannya. Tangan si isteri diramas lembut.



“Amboi sayang, sabar dulu jangan nak tuduh melulu. Ummu Hani’ tu kisah seorang wanita yang baik akhlaknya yang menolak pinangan Rasulullah kerana sayangnya pada anak-anak dan takut tak mampu untuk menunaikan hak suami dan hak anak-anaknya. Ummu Hani’ tu nama sebenarnya Fakhitah, sama macam awak. Cuma Hani’ anaknya tu lelaki dan Hani anak kita ni perempuan.”



Fakhitah memukul manja dada si suami. Dia sudah tersenyum simpul.



“Ummu Hani, terima kasih banyak-banyak sebab awak sanggup korbankan kerja awak untuk jaga Hani kita dan insya Allah bakal adik-adik Hani nanti.” Alif mengucup tangan si isteri. Dia akui walaupun si isteri yang memberi cadangan untuk menjadi surirumah sepenuh masa selepas melahirkan anak mereka, dia sangat mengagumi dan menghargai pengorbanan isterinya.



“Terima kasih banyak-banyak kat abang juga sebab sanggup gantikan tempat saya untuk kerja dengan papa.” Fakhitah mengusap pipi kanan si suami. Di dalam hati mereka sama-sama berdoa agar mahligai yang mereka bina ini sentiasa dilimpahi dengan keberkatan dari Ilahi.



Sepertimana ujian dari Allah datang dalam pelbagai bentuk, nikmat dariNya juga datang dalam pelbagai bentuk. Bukalah hati, mata dan minda kita untuk selalu mengenali dan mensyukuri segala kurnia. Salah satu tanda hamba yang bersyukur adalah dengan mentaati segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? [Ar-Rahman: 13]







– TAMAT –







Assalaamu`alaikum dan salam sejahtera buat anda yang sudi baca,



Terima kasih buat anda yang masih sudi membaca/menunggu/menyokong karya picisan dariku… Cerpen Dia Tanya Apa Khabar ini merupakan cerpen kesebelas ku… Alhamdulillah… Cerpen ini juga mungkin cerpen terakhirku… Anda janganlah gelabah pula… Ku cuma katakan MUNGKIN sahaja… Anything can happen kan… Dari segi idea Alhamdulillah ku memang ada idea untuk cerpen akan datang (insya Allah)… soalnya sekarang ku sendiri tak pasti dan tak berani buat jaminan yang idea tersebut akan berjaya diluahkan dalam bentuk penulisan… Sesungguhnya semua yang berlaku adalah dengan izin dariNya…



Yang baik jadikan pengajaran dan yang buruk jadikan sempadan… Yang baik tu datangnya dari Allah dan yang buruk tu datang dari kelemahan diriku sendiri… semoga ada walau satu  pengajaran yang bisa anda kutip dalam setiap karya picisanku…



ps: mohon maaf untuk segala typo dan kesalahan lain yang sama waktu dengannya… mohon doakan kejayaan diriku dan anda juga walau di mana kita berada… aamiin… seperti biasa, anda dijemput untuk meninggalkan sebarang komen/kritikan/kutukan/teguran…



.:|[ Suha Fasihah ]|:.

2 comments:

  1. Replies
    1. The Sky,

      Terima kasih sudi baca dan luangkan masa untuk komen ^^

      Semoga pengajarannya sampai...

      Delete

manis bicara indah tutur kata...
selamat meninggalkan jejak kasih anda...